Monday, November 29, 2010

Burung Kakak Tua

Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

Lagu kanak-kanak kartun anak rusa nani

Carta Ujian Aptitud Sekolah Rendah(Soalan Kategori Bentuk)

Mari Belajar Jawi

LAGU NEGARAKU

Sunday, November 28, 2010

Program Pembelajaran Score A

Wednesday, November 24, 2010

LAGU BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara Megahkan Bahasa
Kita Bahasa Jiwa Bangsa

SEJAHTERA MALAYSIA

Puji dan syukur
Pada Ilahi
AnugerahNya tiada terhingga
Kedamaian, kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami setia, kami sedia
Berkorban untuk negara
Bersemarak
Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela
Menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

KERANAMU MALAYSIA

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar I.T. pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu, kami mendakap bertuah
Keranamu, kami bangsa berjaya
Keranamu, kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu, kami bebas merdeka
Keranamu, nyawa dipertaruhkan
Keranamu, rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu negara Malaysia, Malaysia…
Terima Kasih Malaysia. !

Tuesday, November 23, 2010

LAGU SABAH TANAH AIRKU

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua

Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka

LAGU NEGARAKU

Negaraku 
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka hidup aman dan damai di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumahnya.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Simpulan Bahasa

1.   Ganti Tikar
Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.
Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.

2.   Garam Hidup
Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.

3.    Gatal Mulut
       Maksud: Suka bercerita keburukan orang.
Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.

4.   Gatal Tangan
Maksud: Suka membuat yang bukan-bukan.
Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.

5.   Gelap ButaMaksud: Sangat gelap.
Contoh Ayat: "Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini," nasihat Pak Mat kepada anaknya.

6.   Gelap Fikiran
Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.

Monday, November 22, 2010

Pantun Kanak-Kanak

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur


Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina


Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab


Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji


Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang